Saturday, April 21, 2012

Mereka dan Mereka.


Kehidupanku di kelilingi oleh manusia yang baik-baik. Terima kasih kepada mereka kerana muncul dalam hidup ini. :)








Jika kita berazam untuk berubah ke arah yang lebik baik insyaallah Allah swt akan mendekatkan diri kita dengan orang yang baik-baik. Jadi hargailah peluang yang diberikan oleh-Nya.
 
Amin.
 
 
.


Friday, April 20, 2012

Semalam dan Hari Ini.

Assalammualaikum.

Semalam dan hari ni adalah dua kisah yang berbeza. Semalam gembira tak semestinya hari ni gembira jugak kan. Dan begitulah sebaliknya.

Semalam hari gembira aku. Sebab apa? Masa kelas Fiqh Economics 3 aku dipilih oleh lecturer aku untuk betulkan salah satu jawapan yang telah dijawab salah oleh seorang student yang lain. Lecturer tu berjanji kalau aku dapat betulkan jawapan yang salah di white board dia akan bagi aku A untuk subjek tersebut. Wowww.....A tu.. sapa yang taknak kan. Jadi dipendekkan cerita aku pun berjaya lah betulkan jawapan yang salah tu tadi dan lecturer aku ni tadi berjanji la yang akan bagi aku A final exam nanti DENGAN SYARAT aku kena lah buat yang betul-betul waktu tu. Kalau aku buat cincai memang takkan dapat lah kan. Satu kelas kecoh kejap dengan REWARD yang aku dapat. Hehe. Dah rezeki aku waktu tu. Alhamdulillah. :)

Hari ini pulak aku tak berapa nak gembira sangat. Melayang lagi lah duit RM 50 aku sebab kena compound. Alahai..tiba-tiba lah pulak kan nak buat spot check time aku takde dalam bilik. Rupa-rupanya sticker laptop aku dah expired. Aku pun tak pasti macam mana lah aku boleh tak perasan benda tu. Sedangkan roomate aku siap mengadu lagi semalam yang dia tak register laptop dia lagi. Kiranya semalam dia sangat takut yang akan ada spot check tiba-tiba sebab takut kena compound tapi alih-alih aku pun rupanya dua kali lima jugak. Dan yang paling kelakar aku jek yang kena compundnya..dia tak pun. Alahai..dah nasib badan. Memang bukan rezeki aku malam ni. Terima sajalah :)

Thursday, April 19, 2012

Untuk Kali Ini.

Assalammualaikum.

Akhirnya terhasil jugak blog baru aku ni setelah sekian lama pasang niat nak menghasilkan yang baru. Dan akhirnya terlaksana jugak.

Well.....blog lama aku dulu rasanya dah macam hilang identiti diri jek. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab nak sangat orang baca blog kita sampaikan tulis cerita berniat semata-mata nak tarik perhatian orang. Disebabkan niatnya pun dah tak betul maka hasilnya aku rasa macam worse giler. Jadi sebab tu lah aku bertekad untuk close jek blog tu. Habis cerita.

Jadi blog ini adalah blog baru aku. Diri baru aku. Nafas baru aku. Dan cerita baru aku. Semoga cara penulisannya pun matang selari dengan usia aku yang semakin dewasa ni.

Itu sahaja lah kisah aku buat pertama kalinya menaip dalam blog baru ni.

Sekian.