Monday, August 27, 2012

Raya Tak Berapa Nak Selamat.

Assalammualaikum

Hari ini 27/8/2012 bersamaan dengan 9 Syawal. Belum terlmabat rasanya nak wish selamat hari raya. Well...macam mana raya kali ni? Syok habes ke? Bagi diri aku macam biasa takde apa yang menarik untuk dikongsi. Sebenarnya dah lama hilang nikmat berhari raya dalam diri aku ni. Ya...memang sangat teruja bila masuk 1 Ramadhan tapi bila nak menginjak ke 1 Syawal aku mula rasa bosan. Memang aku tahu 1 Syawal ni adalah untuk meraikan umat Islam selepas sebulan berpuasa. Aku tak nafikan semua tu. Jangan salah faham. Aku cuma bosan bila aku terpaksa laluinya dengan suasana yang fake giler.

Antara suasana tu adalah terpaksa berjumpa dengan manusia manusia yang tak pernah hargai kehadiran korang, sikap sombong tak bertempat, sikap berat sebelah yang sepanjang zaman tak pernah berubah, sikap menagata belakang orang itu dan orang ini, adik beradik yang tak pernah cuba untuk berbaik. BOSAN!! Walaupun aku hanya perhatikan benda tu dari jauh tapi aku memang sangat tak suka dengan menda ni semua. Aku rasa macam dah muak bila setiap kali raya aku terpaksa menghadap semua ni. Sebab tu mood beraya aku semakin lama semakin berkurang. Nasib beik la kitorang ni memang tak ikut adat istiadat orang melayu yang setiap pagi raya berkumpul ramai ramai dan minta maaf berjemaah. Fuh..memang nasib beik. Kalo menda ni semua ada terserlah lagi kepalsuan wajah dan tangisan masing masing. Alamatnya...Masing masing boleh mintak job kat Zul Talent Agency kejap lagi.

Walau apa pun aku tetap bersyukur sebab dapat beraya bersama dengan family aku yang tercinta terutama mak dan bapakku. Kalau mereka takde memang lagi tak bermakna lah raya aku ni. Perangai manusia manusia dia atas ni pun aku boleh lupakan sekejap.










Okeh. Kedua dua gambar ni adalah gambar family aku. 9 orang total kesemuanya. Actually takde sapa nak tolong tangkapkan gambar yang ada the whole family members. So sistem giliran diamalkan. 1st pic adek aku Anas yang tolong amek gambar so dia takde dalam pic tu. 2nd pic adek aku Hazirah pulak amek gambar so dia takde lah dalam gambar tu. Haha. Sadis kan. FYI...kitorang tak pernah ade lagi family potrait. Teringiiiinnnnnn..... sob..sob..sob..