Saturday, December 15, 2012

Kem Anak Soleh




Assalammualaikum.

Hari ni nak update kisah program yang buat julung-julung kalinya aku dan kawan-kawanku kerah tenaga dari A sampai la ke Z. Sebenarnya program yang kami buat ni under kelas Community Service. Untuk kelas ni kami kena buat satu program untuk tunjukkan skill kami dalam Community Service ni seterusnya untuk pass final exam sekali. Jadi setelah perbincangan...sebulat suara kami bersetuju untuk conduct satu program yang dinamakan Kem Anak Soleh dan tempat yang terpilih di Kampung Selayang Indah. Program nya berlangsung 8 dan 9 Disember aritu. Target group nya adalah budak-budak dari umur 9-15 tahun.




Apa yang aku dapat cakap..program ni memang sangat-sangat best!! Pengalaman yang sangat--sangat berharga untuk aku. Sebabnya inilah first program yang aku bagi seratus peratus komitmen dari tak ada papa sampai la berjaya dan selesai dilaksanakan. Dalam program ni tanggungjawab aku adalah di bahagian katering. Banyak sangat benda baru yang aku belajar dari sini. Target peserta hanya 50 orang tapi yang mendaftar sampai ke 96 orang. Sangat teruja! Dan peserta lelakinya adalah dua kali ganda peserta perempuan. Kitorang yang committee ni hanya ada 14 orang jek. Jadi semua orang memang tak buat satu kerja sahaja. Semua memang akan buat lebih dari satu kerja. Macam aku ni...person in charge untuk katering merangkap kameraman merangkap assisstant fasi. Masyuk!




Seronok sangat bila tengok diorang makan. Mulanya kami bercadang nak bagi budak-budak ni makan ramai-ramai dalam dulang jek. Tapi waktu makan tengahari jek dapat dilaksanakan.Sebabnya ada budak buat perangai, tersembul makanan waktu tengah makan sampai kawan-kawan yang lain tak dapat makan...jadi kami tukar plan. Makan dalam pinggan waktu malamnya. Terpaksa beli pinggan kertas. :(








Pagi ahad ada Qiyamullail. Kesian jugak la budak-budak ni kena bangun pukul 3.30 pagi. Dah la malam tu kitorang bagi diorang tidur pukul 12 lebih. Ramai jugak la yang tersengguk. Haha.






Tapi keseluruhannya aku sangat berpuas hati dengan kem ni. Walaupun banyak sangat yang perlu diperbaiki tapi kira okeh la bagi kami yang baru belajar buat program ni. Ada jugak beberapa benda yang aku rasa aku patut buat tapi aku tak laksanakan pun waktu kem ni berlangsung. So...rasa kecewa jugak la. Sampai teringat-ingat la bila kem da habis. huhu. Tapi tak apa aku akan topup balik bila aku join mana-mana program nanti. Hehe. Boleh macam tuuu... ;)













Okeh la. Semoga adik-adik ni berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi manusia berguna di masa depan kelak. Amin. Salah satu benda yang aku dapat dari program ni ialah rupanya aku baru tahu boleh tahan jugak skill aku melayan budak-budak. Sebelum ni aku memang tak yakin untuk jadi fasi dan melayan budak-budak. Sejujurnya sebelum program ni berlangsung aku rasa sangat nervous nak berhadapan dengan diorang. Tapi rupanya bila dah buat..rasa sangat best! Haha. Sampai teringat-ingat la sampai sekarang. Haha. Sayu jek. Semoga ada peluang untuk menjadi fasi lagi di masa akan datang. Amin. :)

Sesiapa yang belum pernah melibatkan diri menjadi fasilitator...cuba lah! Anda akan merasai nikmatnya! Haha. :D


Monday, November 19, 2012

Aku dan Istanbul.

Sebab tu la orang cakap kalau nak buat sesuatu tu just buat jek. Tak payah dan tak perlu nak fikir beribu-ribu kali itu ini. At least kalau kita buat benda yang kita rasa nak buat tu kita dapat tahu hasilnya even hasilnya tak lah berapa nak bagus. Setidak-tidaknya ada pengalaman buat benda tu... Kalau tak buat langsung macam mana nak tahu hasilnya kan..kan..Percayalah.!

Dan....Finally I did it!!! Puas hati dan sangat...sangat...sangat...teruja!!

Ini lah hasilnya...dan aku buat mengikut gerak hati.

Fine...Aku sorang jek yang paham. *ARASSOOO*

Eh..tadi aku tengok wayang.. filem my awesome actor Beto Kusyairy.

Well..Dian pergi ke Istanbul sebab dia nak buat Azad melamar dia. Hasilnya memang Azad melamar dia tapi dalam masa yang sama dia nampak realiti sebenar kehidupan di sekeliling dia.




Jadi..apa kena mengena aku dengan cerita ni?? Yes aku baru berjaya menontonnya di pawagam dan apa yang aku dapat katakan cerita ni memang best. Tapi aku rasa watak Beto kalau dikembang dan diperbanyakkan lagi mesti lagi best.

Okeh aku bukan nak buat review...

 



Monday, August 27, 2012

Raya Tak Berapa Nak Selamat.

Assalammualaikum

Hari ini 27/8/2012 bersamaan dengan 9 Syawal. Belum terlmabat rasanya nak wish selamat hari raya. Well...macam mana raya kali ni? Syok habes ke? Bagi diri aku macam biasa takde apa yang menarik untuk dikongsi. Sebenarnya dah lama hilang nikmat berhari raya dalam diri aku ni. Ya...memang sangat teruja bila masuk 1 Ramadhan tapi bila nak menginjak ke 1 Syawal aku mula rasa bosan. Memang aku tahu 1 Syawal ni adalah untuk meraikan umat Islam selepas sebulan berpuasa. Aku tak nafikan semua tu. Jangan salah faham. Aku cuma bosan bila aku terpaksa laluinya dengan suasana yang fake giler.

Antara suasana tu adalah terpaksa berjumpa dengan manusia manusia yang tak pernah hargai kehadiran korang, sikap sombong tak bertempat, sikap berat sebelah yang sepanjang zaman tak pernah berubah, sikap menagata belakang orang itu dan orang ini, adik beradik yang tak pernah cuba untuk berbaik. BOSAN!! Walaupun aku hanya perhatikan benda tu dari jauh tapi aku memang sangat tak suka dengan menda ni semua. Aku rasa macam dah muak bila setiap kali raya aku terpaksa menghadap semua ni. Sebab tu mood beraya aku semakin lama semakin berkurang. Nasib beik la kitorang ni memang tak ikut adat istiadat orang melayu yang setiap pagi raya berkumpul ramai ramai dan minta maaf berjemaah. Fuh..memang nasib beik. Kalo menda ni semua ada terserlah lagi kepalsuan wajah dan tangisan masing masing. Alamatnya...Masing masing boleh mintak job kat Zul Talent Agency kejap lagi.

Walau apa pun aku tetap bersyukur sebab dapat beraya bersama dengan family aku yang tercinta terutama mak dan bapakku. Kalau mereka takde memang lagi tak bermakna lah raya aku ni. Perangai manusia manusia dia atas ni pun aku boleh lupakan sekejap.










Okeh. Kedua dua gambar ni adalah gambar family aku. 9 orang total kesemuanya. Actually takde sapa nak tolong tangkapkan gambar yang ada the whole family members. So sistem giliran diamalkan. 1st pic adek aku Anas yang tolong amek gambar so dia takde dalam pic tu. 2nd pic adek aku Hazirah pulak amek gambar so dia takde lah dalam gambar tu. Haha. Sadis kan. FYI...kitorang tak pernah ade lagi family potrait. Teringiiiinnnnnn..... sob..sob..sob..


Saturday, April 21, 2012

Mereka dan Mereka.


Kehidupanku di kelilingi oleh manusia yang baik-baik. Terima kasih kepada mereka kerana muncul dalam hidup ini. :)








Jika kita berazam untuk berubah ke arah yang lebik baik insyaallah Allah swt akan mendekatkan diri kita dengan orang yang baik-baik. Jadi hargailah peluang yang diberikan oleh-Nya.
 
Amin.
 
 
.


Friday, April 20, 2012

Semalam dan Hari Ini.

Assalammualaikum.

Semalam dan hari ni adalah dua kisah yang berbeza. Semalam gembira tak semestinya hari ni gembira jugak kan. Dan begitulah sebaliknya.

Semalam hari gembira aku. Sebab apa? Masa kelas Fiqh Economics 3 aku dipilih oleh lecturer aku untuk betulkan salah satu jawapan yang telah dijawab salah oleh seorang student yang lain. Lecturer tu berjanji kalau aku dapat betulkan jawapan yang salah di white board dia akan bagi aku A untuk subjek tersebut. Wowww.....A tu.. sapa yang taknak kan. Jadi dipendekkan cerita aku pun berjaya lah betulkan jawapan yang salah tu tadi dan lecturer aku ni tadi berjanji la yang akan bagi aku A final exam nanti DENGAN SYARAT aku kena lah buat yang betul-betul waktu tu. Kalau aku buat cincai memang takkan dapat lah kan. Satu kelas kecoh kejap dengan REWARD yang aku dapat. Hehe. Dah rezeki aku waktu tu. Alhamdulillah. :)

Hari ini pulak aku tak berapa nak gembira sangat. Melayang lagi lah duit RM 50 aku sebab kena compound. Alahai..tiba-tiba lah pulak kan nak buat spot check time aku takde dalam bilik. Rupa-rupanya sticker laptop aku dah expired. Aku pun tak pasti macam mana lah aku boleh tak perasan benda tu. Sedangkan roomate aku siap mengadu lagi semalam yang dia tak register laptop dia lagi. Kiranya semalam dia sangat takut yang akan ada spot check tiba-tiba sebab takut kena compound tapi alih-alih aku pun rupanya dua kali lima jugak. Dan yang paling kelakar aku jek yang kena compundnya..dia tak pun. Alahai..dah nasib badan. Memang bukan rezeki aku malam ni. Terima sajalah :)